klik untuk menang

Jumaat, 3 Mei 2013

Kuatkan Semangat



Subhanallah
Alhamdulillah
La ilaha illallah
Allahuakbar

Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad wa'ala 'ali sayyidina muhammad x3




Saat 5 pagi...
Aku mulakan kata hari ini dengan segala pujian bagi Allah SWT terlebih dahulu dan salam junjungan buat Nabi Muhammad SAW. 
Mata masih terkebil, satu keluarga masih berjaga, kecuali yang kecil. Nak dekat mengundi lagi sibuk aku sekeluarga (aaahh kalah Yang Berhormat...hahaha). Lepas selesai Pru 13 mungkin akan sedikit sunyi, sebab dah terbiasa dengan suasana yang meriah sebegini.

* * * * * *



-Selamat Pagi-


Ok, berbalik pada cerita asal....

Benar kata orang, mulakan hari dengan keceriaan pasti akhirnya akan ada kegembiraan. Tapi bila hati tak gembira mana mungkin akan datangnya keceriaan. 

Kadang-kadang apa yang kita inginkan belum dimakbulkan Tuhan, tapi orang lain sudah diberikan. Hati jadi cemburu, tapi bukan iri, juga dengki. 

Kadang-kadang juga hidup yang indah pun masih terasa sedikit kekosongan. Hati jadi sunyi walau meriah mana sekalipun keadaan.
(pernah kan?)

Aku ingat lagi kata-kata seorang Ustazah, Allah  jadikan kekosongan itu ada sebabnya. DIA merindui hambaNya. Dia rindukan rintihan hamba-hambaNya. Semakin perit kita, makin dekat juga kita dengan Pencipta. Bersyukurlah........

Jadi mengadulah kalian
Mengadulah padaNya. Ceritakanlah semua. Hamburkan tangis, jangan disimpan. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, takkan Allah membebani kita dari yang kita mampu.
(Sabar itu indah)


-Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya Cubaan-
(H.R Bukhari)




-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

6 ulasan:

Unknown berkata...

meriah kalahkan musim raya..huhu
selamat pagi kak.. lalalala..
ada anak ea? hehe...letak la gambar sekeping..

Cik Aida™ berkata...

suka entry ni ^^

Berry Lavynia berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Berry Lavynia berkata...

Tq yer aida :D

Mizz Aiza berkata...

setuju sangat dengan kata2 ustazah tu.. terima kasih sebab mengingatkan.. selamat mengundi pada esok hari ya..

Tinta Lana berkata...

Salam.

Biasanya, memang mcmtu la berry..pagi2, kalau dah puting beliung, alamatnya, sampai kemalam mood berpusing je..

Allah dah menetapkan rezeki untuk stiap hambanya.. cuma kita sbg manusia, kena berusaha..pastu bersabar.. ada org, rezekinya cepat, ada pula lambat. Itu semua ujian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...