Suami pernah berkata kepada saya... "usaha itu bagus, tapi sekiranya kita tidak berdoa dan memohon pada Allah, itu sombong namanya."
Memang ada ketikanya doa yang kita pohon belum dimakbulkan Allah. Tetapi bukan bererti kita harus berputus asa, mungkin kita harus bermohon dan berusaha lebih lagi.
Dalam buku ni terdapat banyak jenis selawat, dan ada antaranya selawat untuk murah rezeki dan hajat.
Saya ingin berkongsi satu selawat yang paling ringkas dan mudah diamalkan. Inilah Selawat dikabulkan hajat.
Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan kepada keluarga Baginda dan kepada para ahli rumahnya."
Jika dibaca 100 kali sehari, Insya Allah dikabulkan hajat. (30 di dunia dan 70 di akhirat).
p/s : Setiap perkara yang ingin dilakukan, mintalah keizinan daripada Allah SWT dahulu.