klik untuk menang

Isnin, 8 April 2013

Yang Baik Perlukan Yang Sesat??








Semua orang inginkan kehidupan yang sempurna. Ada yang ingin kelihatan cantik dan sempurna dalam menjalani kehidupan setiap hari. Ada yang ingin memiliki kebijaksanaan yang sempurna. Ada yang ingin mencari pasangan yang sempurna dan kadang-kadang beli ikan kat pasar pun nak cari ikan yang sempurna kan?

Dalam mencari kesempurnaan dalam kehidupan kita seharian, pernah tak kita temui kesempurnaan? Wujudkah dunia yang benar-benar sempurna? Seronokkah hidup ini jika segala-galanya sempurna?

Hakikatnya tidak pernah wujud manusia yang sempurna, tapi Tuhan jadikan kelemahan itu ada sebabnya.

Tuhan jadikan manusia pelbagai bentuk dan rupa, pelbagai bangsa dan agama, pelbagai sifat dan warna. Yang bijaksana akan mengajar ilmunya kepada yang masih muda akalnya. Yang mampu dan kaya diharapkan dapat membantu yang susah dan derita. Yang kuat bantu yang lemah. Yang berkelebihan akan membantu yang serba kekurangan, yang jahat pun memerlukan nasihat. Yang baik perlukan yang sesat untuk mempelajari makna hakikat. Kita sesama kita akan saling memerlukan. Ketidaksempurnaan itulah yang menyatukan manusia. Tidak mungkin akan wujud kehidupan yang sempurna di dunia.

Kerana sempurna itu hanya milik Tuhan.



-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...