klik untuk menang

Isnin, 8 April 2013

Giant Yang Sunyi

Ingatkan kelmarin nak rehat kat rumah je. Yela kesian pulak dekat Encik suami hari-hari kerja, pastu tiap hujung minggu mesti aku ajak jenjalan, so nak bagi can la Encik suami rehat. Tapi alih-alih Encik suami pulak ajak pergi beli barang rumah. Kalau nak ikutkan minggu lepas pun dah beli, cuma ada la satu, dua barang tertinggal. Aku pun apa lagi segera la bersiap, memang kalau bab jalan laju je aku. Bila dah ada dalam kereta aku cakap kat Encik suami taknak pergi Tesco, sebabnya tiap kali nak beli barang mesti pergi sana, bosan jugak, hari ni nak ubah suasana pulak. Jadi aku cadangkan pergi je Giant Prima kat Inderawasih. Encik suami tak cakap banyak, on je.




Bila dah sampai Giant, aku tengok dekat parking sikitnya kereta, bila dah masuk lagi la. Aku rasa macam Giant ni buka untuk kitaorang je. Memang takde ramai orang pun, boleh dikira dengan jari je. Yang ramai staff je la. Siap diorang boleh bertepuk tampar, bergurau sakan lagi. Kalau nak ikutkan hari ahad, waktu puncak pulak tu. Ni kalau dekat Tesco mau berhimpit, pergilah time mana pun, awal bulan, tengah bulan, hujung bulan, mesti ramai orang. Nak ambik troli pun siap kena tunggu lagi. Nak kata barang murah takde pun, mahal jugak. Tapi aku rasa aku lebih suka suasana kat Giant ni kot, rasa nak shopping pun tenang je. Encik suami pon selesa je membelek-belek barang tanpa gangguan, tanpa kesesakkan.




Bila nak pergi bayar, baru teringat beg shopping lupa bawak, so Encik suami mintak la beg plastik. Tapi bila tengok je beg yang cashier tu hulur, aku terus cakap tak payah, simpan je. Nak tau kenapa? Dia bagi aku beg plastik yang aku rasa boleh muat satu botol shampoo je.Tempat lain pun kecik dengan nipis jugak, tapi tak la, kecik macam ni. Ish..ish..




Dah selesai bayar, aku tengok resit, aku tengok barang. Alahai, sikit macam ni pon RM100 lebih. Teringat lagi time dulu-dulu shopping dengan abah, mak dan adik beradik yang lain, siap usung dua troli lagi, sebab kalau satu tak cukup. Lepastu pulak dua-dua penuh dengan barang makanan je, tapi baru RM300 lebih. Agak-agak kalau sekarang banyak mana ye dapat? hurmmm...









-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

2 ulasan:

Unknown berkata...

betullah tu.
kadang2 giant kt perumahan saye pun xramai org.
tak ditutup pula. tak rugi ke. kedai dlm giant tu dah bersilih ganti..tp yg best x ramai org.jd bersih sikit.hehe

Berry Lavynia berkata...

nak bayar pon xpyh la beratur panjang..kan..kan...heeeeee :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...