klik untuk menang

Selasa, 2 April 2013

Roh Kanak Perempuan Dalam Patung






Terletak di dalam sebuah kotak kayu kecil dan dipaparkan dalam kuil manneji di bandar Iwamizawa, Hokkaido, Jepun, berdiri sebuah patung kecil yang setinggi 40cm yang penuh kisah misteri disebaliknya. Hampir seperti Jenglot (patung mistik Indonesia), anak patung ini benar-benar luar biasa. Seorang penyelidik Jepun mendedahkan bahawa keputusan ujian forensik menunjukkan rambut anak patung ini berkembang dan tumbuh seperti rambut manusia.

Ia bukan calang-calang anak patung. Setiap tahun rambutnya perlu di'trim' supaya tidak terus panjang. Kebiasaannya rambut anak patung ini dibiarkan panjang sehingga paras tumit, kemudian akan dipotong semula hingga ke paras bahu. Rambut anak patung ini tumbuh berterusan sudah hampir 75 tahun dan disebabkan itu ia diangkat sebagai satu benda suci dan dikenali ramai. Anak patung ini dipakaikan dengan kimono tradisional.




Patung ini asalnya dibeli di Sapporo oleh Eikichi suzuki pada 1918 sebagai hadiah kepada adiknya Okiku yang berusia dua tahun. Dia yang melawat kawasan itu untuk melihat pameran maritim terlihat anak patung itu disebalik cermin sebuah kedai. Tanpa menunggu lama, dia tahu dia perlu membelinya dan memberikan anak patung itu kepada adiknya. Adiknya sungguh teruja dan terus menjadi anak patung kegemaran Okiku, sehingga mereka dilihat sebagai kawan karib. Okiku saban hari akan bermain dengan anak patung pemberian abangnya itu dan kemudian menamakannya "Okiku", sama seperti namanya. Anak patung ini terus menemani Okiku sehingga ke hembusan nafas terakhirnya pada 1919. Okiku yang berusia tiga tahun mati akibat ditimpa demam yang teruk. anak patung itu pada awalnya ingin dikebumikan bersama Okiku namun terlepas pandang.




Okiku (patung) kemudian hanya diletakkan dirumah sebagai tanda memperingati pemergian Okiku. Bermula dari itu Suzuki mula menyedari rambut anak patung itu memanjang dari masa ke semasa. Rambut anak patung itu sepatutnya hanya mencecah paras bahu namun kian lama ia semakin memanjang seakan ia benar-benar hidup. Mulai dari situ, keluarga Suzuki percaya bahawa roh Okiku bersemadi di dalam patung berkenaan. Patung itu terus dijaga keluarga ini sehingga tahun 1938, patung ini diserahkan kepada Kuil Mannenji keran akeluarga ini berpindah luar dari kawasan itu. Patung ini tidak dibawa bersama kerana keluarga Suzuki tidak mahu kedua-dua Okiku terpisah jauh.

Patung Okiku sehingga ke hari ini masih disimpan di kuil Mannenji. sampel rambut patung ini pernah dikaji dan hasilnya agak mengejutkan kerana rambut itu sememangnya milik seorang kanak-kanak perempuan.




-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...