klik untuk menang

Selasa, 2 April 2013

Adab Dan Sifat Berdoa





Berdoa ialah suatu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi supaya dimakbulkan Allah. Antaranya ialah :

  • Keadaan bersih diri sebaik-baiknya berwudhuk, bersih pakaian dan tempat serta menutup aurat.
  • Dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah dan menghadap ke arah kiblat.
  • Merendahkan suara dan tidak mengganggu orang lain.
  • Jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak.
  • Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu diperkenankan oleh Allah SWT.
  • Mengulang-ulang ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu.
  • Memulakan dengan memuji Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan juga mengakhirinya dengan pujian terhadap Allah dan juga berselawat.
  • Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa.
  • Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan.
  • Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa atau memutuskan hubungan silaturrahim. Dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
  • Memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang dilakukan kemudian untuk saudara mara beriman.
  • Hendaklah dengan penuh pengharapan dan jangan cuba mengatakan "Ya Allah, ampunkanlah aku sekiranya engkau mahu, rahmatilah sekiranya Engkau inginkan".
  • Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dibuat oleh Nabi SAW.
  • Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah.
  • Berdoa dengan suara perlahan.




-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...