Walaupun masyarakat barat gemar menyambut hari Halloween yang dikaitkan dengan unsur-unsur hantu dan sebagainya, namun bagi mereka yang inginkan pengalaman yang melibatkan hantu dan sebagainya, tak perlu menunggu sehingga hari Halloween untuk merasai pengalaman yang sedemikian.
Misalnya di Florida banyak menawarkan pakej-pakej pelancongan atau lawatan yang melibatkan aktiviti yang agak menyeramkan dalam percutian para pelancong.
Biasanya ia diadakan pada setiap hari ataupun hujung minggu. Selain mendapat pengalaman baru dan sekaligus menghiburkan, pengalaman membuat percutian hantu ini mungkin akan menebalkan lagi perasaan atau kepercayaan seseorang tentang wujudnya ataupun tidak kepada hantu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan