ada sebuah restoran
makanannya sedap
tapi sedikit
servisnya pula kadang cepat
kadang juga lambat
walaupun pelanggan yang ada hanya beberapa kerat
bila cuaca baik semuanya ok
tapi bila hujan semuanya jadi panik
tap..tap..tap..
air hujan jatuh ke meja
pelanggan yang sedang menikmati hidangan di dalam kedai jadi serba tak kena
yaaa.. di dalam kedai
yang kononnya teduhan beratapkan bumbung
bukan satu, tapi dua,
mungkin juga tiga atau empat meja
semua yang ada berpandangan sesama sendiri
yang akhirnya jadi kelam kabut mengalih duduk
untuk menyelamatkan diri
hairan
sudah bekali-kali terjadi
tapi tuan punya seperti itu juga
hanya untung yang dia mahu
tapi kepentingan pelanggan dia buat tak tahu
haru...haru..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan