Dunia semakin maju dan jika dulu-dulu manusia hanya bermula dengan aktiviti berjurnal, kemudiannya berblogging, seterusnya vlogging ataupun mikroblogging, kini yang terbaru dalam mencatatkan kehidupan seharian kita adalah 'Lifelogging'.
Lifelogging bermaksud merekodkan detik-detik kehidupan seharian dalam kehidupan kita dengan menggunakan foto-foto ataupun gambar. Melalui lifelogging seseorang itu akan mempunyai alatan istimewa untuk membantu mereka berterusan mengambil gambar-gambar dalam setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan mereka seharian dan bukan lagi setakat mengambil gambar-gambar peristiwa penting dalam hidup sahaja.
Dengan lifelogging ia seolah-olah memaparkan kehidupan sepanjang usia dari minit ke minit dan kemudian menyimpannya dalam komputer. Menurut pengamal lifelogging, kaedah ini menolong mereka mencipta satu arkib digital yang lebih tepat dan sempurna. Ia juga memudahkan mereka masuk mencari maklumat pada bila-bila masa dan dapat mencari semula segala yang pernah dilakukan.
Misalnya kalau tertinggal barang, terletak barang disalah tempat, dengan lifelogging, mencari barang tersebut tentulah menjadi senang. Hanya dengan merujuk semula gambar atau video yang dimuatnaik, segalanya hanya dihujung jari anda.
Kaedah ini juga dikatakan sangat berguna bagi individu-individu yang gemarkan maklumat tentang kesihatan dan kecergasan. Mereka mahu mengumpul sebanyak mungkin maklumat tentang hidup mereka agar dapat meneliti gaya hidup mereka dan kaitannya dengan kesihatan secara umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan