klik untuk menang

Ahad, 10 Mac 2013

Nasi Kandar satu!

Dalam family aku ni ada tiga jenis citarasa. Yang pertama, suka makan beriani dan gulai semua ni. Yang kedua suka makan benda berkuah je. Yang ketiga dua-dua pon boleh makan. Aku ni yg dalam kelompok nombor dua tu. Walaupun family aku ni ada campur punjabi sikit (arwah tokwan aku dulu punjabi), tapi yang herannya tak turun pon kat aku. Mungkin masa mak aku mengandungkan aku dulu, mak aku tak layan kot nasi-nasi kandar ni, mak aku layan chinese food je...hahah..

Bila time raya, tak kira la raya puasa ke atau raya haji rumah aku memang akan buat dua hidangan utama, satu nasi beriani dan satu lagi menu berkuah. Yang makanan berkuah tu tiap-tiap tahun menu akan bertukar, tapi yang nasi beriani tu je tak tukar-tukar. Kira hidangan wajib la tu. 

Ni gamba time raya haji, aku geledah fb kak aku yg sulung Sri Idayu Ghulam Rasol, nasib baik jumpa. Memang macam ni la dihidangkan time raya, senang. Tetamu datang nak makan apa, ambik je. Tak payah layan-layan sangat.heheh

Tapi bila dah kahwin ni, aku kena la ikut jugak selera suami aku, sebab suami aku ni jenis kelompok nombor satu tu, suka dengan nasi-nasi kandar ni. Bila keluar memang selalu la kedai nasi kandar jadi singgahan. Aku pon ikut je la, tu pon kalau time lapar sangat. Sebab kedai nasi kandar ni bla order cepat je sampai, tak ada la kena tunggu lama-lama.




Aku dengan suami memang selalu makan kat sini, beriani dia sedap. Jadi hari tu masa aku keluar dengan kakak aku yang nombor dua Rayna ziqdhiyafi, kami pon singgah makan kat sini selepas penat bersuka ria..hahaha.Takde la bersuka ria sangat, cuma ambik angin petang lepas tu beli barang sikit dekat Jusco. Kapitan ni dekat je dengan Jusco jadi singgah sini je la, tak payah susah-susah cari kedai makan lain. Selalu aku makan naan tondori, tapi kali ni aku makan beriani ayam, kak aku pon order yang sama. Sila tengok gambar di bawah, dan juga sila tengok gambar kami :)






Ok..cukup la.. lepas ni nak cari makanan melayu pulak..
err... ikan pari bakar cicah air asam satu!!!












-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...