klik untuk menang

Jumaat, 15 Mac 2013

Melty Cheezy Lavynia

Assalamualaikum :)

Nak resepi tak???
Nak?
Kalau nak sila tengok kat bawah...
Kalau tak nak resepi, sila tengok jugak...
tapi tengok gambar je ok.. : P



Cantik tak??? heeeeee...  Ni la Melty Cheezy Lavynia. Ok yang Lavynia tu aku tambah. Saja tambah sesedap hati aku. Korang jangan buat muka berkerut pulak ok..hehehe. Ni hasil tunjuk ajar dari sifu Sri idayu Ghulam Rasol (sila klik). Trimas bebanyak.




Tengok gambar dulu. Comel kan tangan anak sedara aku, ehhhh comel kan bekas. heeeeeee : ) Buat bekas kecik dah la. Nama pun pencuci mulut kannnnnnn....




Gambar lagi




Ok dah habis tayang gambar..
sila tengok resepi pulak

Bahan-bahan lapisan dasar 1

  • 12 keping biskut oreo (yang dibuang krim)
  • 1/3 cawan nestum
  • 1/3 cawan cornflake
  • 1/4 cawan susu tepung
  • 2 sdb marjerin (cairkan)


Cara-cara

  • Biskut, cornflake dan nestum kisar halus
  • Campurkan semua dan gaul hingga menjadi serbuk roti


Bahan-bahan untuk cheese
 lapisan dasar 2

  • 250 gm cheese
  • 75 gm gula halus
  • 135 gm yogurt plain / perisa
  • 150 ml non-dairy whipping cream

Cara-cara
  • Pukul non-dairy hingga kaku dengan kelajuan tinggi. Ketepikan
  • Satukan cream cheese dan gula. Pukul hingga gebu dan berkrim
  • Masukkan yogurt dan pukul 
  • Masukkan fresh cream (non-dairy yang diketepikan tadi)

lapisan dasar 3
  • Filling strawberry


Bahan-bahan untuk Chocolate Ganache
hiasan
  • 250 gm coklat susu / coklat gelap
  • 100 ml non dairy whipping cream
  • 1/2 sdb golden syrup

Cara-cara
  • Satukan non dairy dan golden syrup dalam periuk. Panaskan hingga ada buih terbentuk di bahagian tepi
  • Masukkan coklat yang telah didadu dan kacau hingga semua cair.
  • Sejukkan sebelum digunakan


Kat bawah ni gambar-gambar bahan yang digunakan. Semoga dapat membantu. 
Sila cuba : )








-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...