klik untuk menang

Khamis, 14 Mac 2013

Hacks penawar sakit??

"Kuh kuh kuh".

Bunyi batuk itu kedengaran lagi. Memecah kesunyian malam. Mas yang sedang lena tidur terus terjaga. Dia mengiring ke kanan dan ke kiri, tetapi matanya langsung tidak boleh pejam. Mas memang begitu, kalau tidurnya terganggu memang alamatnya susah la hendak lelapkan mata balik. Mas mengeliatkan tubuhnya.

"Aku buat kau terjaga ke Mas"? Tanya Alia serba salah.
"Batuk aku ni tak lega-lega juga, entah berapa botol ubat aku dah makan. Ujar Alia bersungguh-sungguh. Takut-takut Mas memarahinya.

Mas diam, menggeleng tidak, mengangguk pun tidak. Melihatkan muka Alia yang muram, Mas bangun lalu menuju ke dapur. Dia mencari-cari sesuatu di dalam peti ais. Memang di situ la tempat dia menyimpan, takut kalau letak di luar nanti dikerjakan semut pula.

"Nah". Hulur Mas kepada Alia. Alia menyambut huluran Mas dengan muka berkerut. Hairan.
"Ini la gula-gula Hacks hitam. Aku kalau batuk yang ini je aku makan. Kau kemam je, letak tepi mulut dan tak payah hisap pun". Terang Mas panjang setelah melihat reaksi Alia yang sebegitu.

"Tapi tak takut tertelan ke nanti Mas"?

"Selama ni aku buat ok jer. Kau cuba la dulu. Walaupun tak ada la lega terus batuk tu, tapi in shaa Allah akan rasa ok sikit. Kau boleh tidur lena, dan aku pun boleh tidur lena". Kata Mas dengan nada bergurau.

"Terima kasih Mas, aku cuba sekarang juga". :)



heeeeeeeeeeeeee..... dialog kat atas tu saja aku reka. Tapi niat aku memang nak bagi petua ni. Korang kalau batuk, pastu nak tido malam tak boleh, aku cadangkan makan je Hacks hitam ni. Memang berkesan. Serius tak tipu. Cuba la dulu ok...  :)

p/s : Ni bukan iklan tapi petua.. aku tak dibayar pon..hahaha..


-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...