klik untuk menang

Sabtu, 16 Mac 2013

Kerana Lebatnya Hujan




sebetulnya hari sudah hampir siang
tetapi matahari masih tidak kelihatan
kerana lebatnya hujan
deras namun tidak lama
Alhamdulillah rahmat dariMu Ya Allah

tetapi ada antara kamu yang mengutuk hujan
kerana kamu tidak tahu hujan sangat mencintaimu

ku hirup kopi panas itu perlahan-lahan
terasa kedinginan
kedukaan dalam kegembiraan
terima kasih Tuhan

tangan ku tadah
meminta padaMu Ya Rabbi
moga-moga dikabulkan doaku
dan juga moga-moga dipermudahkan segalanya
aku berserah padamu Ya Rahim
Engkaulah Maha Mendegar juga Maha penyayang
Aaminnn.


Hujan adalah nikmat Allah Ta'ala. Oleh itu tidak boleh mencelanya. Sebahagian orang merasa jengkel dengan turunnya hujan, padahal yang menurunkan hujan tidak lain adalah Allah Ta'ala. Oleh sebab itu, daripada tenggelam dalam rasa jengkel lebih baik memanfaatkan waktu hujan untuk berdoa memohon pada Allah Ta'ala.
"Doa tidak akan tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun."




-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...