klik untuk menang

Khamis, 26 Januari 2012

Ayam Masak Halia Bersama Cendawan

Tiba2 je blog ni bertukar jadi blog masakan pulak kan...hehe. Sebenarnya saja nak tukar angin sikit, tapi agaknya mesti dah terikut2 sri idayu ni..hurm..
Dekat bawah ni ada saya kongsikan resepi Ayam masak halia bersama cendawan. Resepi yang simple je. Kalau suka boleh la tengok eh :)





Bahan-bahan

*1 ekor ayam potong kecil
*3 kuntum cendawan kering (rendam dan potong nipis)
*2 ulas bawang putih (dicincang)
*4 ulas bawang merah (belah empat)
*2 inci halia (potong nipis)
*4 biji cili kering (potong kecil) 
*1 sdb serbuk lada hitam kasar
*Garam
*Serbuk perasa
*Air



Cara-cara

*Tumiskan  bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering.
*Masukkan ayam, cendawan, lada hitam kasar, garam, serbuk perasa.
*Akhir sekali masukkan air ikut kesukaan. Kalau suka kuah letakkan lebih kuantiti air.
*Kemudian tutup kuali dan biarkan sehingga ayam masak.





~Err si comel ni jadi juri la pulak~






-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...