klik untuk menang

Selasa, 21 Mei 2013

Kerana Empat Biji Telur





Seorang pengemis datang ke rumah Jaafar bin al-Khattab. Ia meminta sedekah untuk menjadi makanannya hari itu.

Jaafar berkata kepada isterinya : "Wahai isteriku, adakah sesuatu yang boleh kita berikan kepada pengemis ini?"

"Kita hanya memiliki empat biji telur."

"Berikan semua telur itu kepadanya!"

Isteri solehah itu menuruti perintah suaminya.
Tidak lama selepas pengemis itu beredar, datang seorang tamu ke rumah Jaafar dan memberikan sebuah bingkisan kepada isteri Jaafar. Jaafar bertanyakan tentang bingkisan tersebut kepada isterinya.

"Bingkisan ini berisi telur."

"Berapa banyak telurnya?"

"30 biji."

Jaafar seolah tidak percaya. Ia berkata : "Kita memberikan 4 biji telur kepada pengemis miskin tadi, mana mungkin balasannya 30 biji telur? Seharusnya 40 biji. Sepuluh butir lagi mesti pecah di tengah jalan."

Akhirnya isterinya mengaku bahawa salah satu telur yang diberikan kepada pengemis itu memang pecah. Jadi mereka sebenarnya hanya memberikan 3 biji telur sahaja.


Pengajaran :
Janji Allah pasti terlaksana bagi sesiapa yang meyakininya. Allah berjanji akan menggandakan sedekah yang diberikan menjadi 10 kali ganda. Belum lagi balasan yang akan Allah berikan di akhirat nanti.

Kisah ini diceritakan dalam kitab Irsyaad al-'Ibad karya Syeikh Zainuddin al-malyabari.



-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

8 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

menarik kisah ni.. akak teringat kisah yang berlaku masa akak jadi anak yatim dulu (1995).. pak ngah akak datang melawat kami, akak bagitahu dia akak teringin nak makan sate.. rupa2nya masa tu gaji dia tak masuk lagi, anak2 dia pun masih ramai yang bersekolah.. dia pun belikan la 10 cucuk sate sebab kasihankan anak yatim, lepas la kempunan akak.. alhamdulillah, dia balik ke rumah dia je ada saudara lain belanja mereka sekeluarga 100 cucuk sate.. betul la 10 kali ganda.. :D

Tinta Lana berkata...

Salam berry! ^_^

Janji Allah itu benar pada yang meyakiniNYA.. :)

Berry Lavynia berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Berry Lavynia berkata...

Mizz Aiza : btol kak, walau sikit yg dibagi pasti ada ganjarannya bila kita ikhlas :)

Berry Lavynia berkata...

lana: jangan bersangka buruk kan :)

Mizz Aiza berkata...

jangan la sedih baca kisah benar akak tu.. kesimpulannya, jangan berkira dengan orang lain.. nikmat yang Allah swt bagi pada kita hanya pinjaman.. apa salahnya berkongsi nikmat tu dengan insan lain..

Unknown berkata...

kalau kita buat baik..inshaaAllah..ALlah bagi balasan yg baik2 juga kat dunia..cepat atau lambat itu urusan Dia..ehhee..nice story..n sedih baca komen kak Aiza..huhu

Cik Nor berkata...

janji Allah itu pasti.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...