klik untuk menang

Isnin, 20 Mei 2013

Bawang Merah RM34??


Kelmarin keluar ngedet dengan Encik suami, tapi bukan p jenjalan, p beli barang dapur ko!! Tiap-
tiap minggu keluar beli barang dapur, tak tahu la aku guna ke telan ke apa ni.

Minggu ni beli barang kat Tesco Bukit Mertajam, sebab rasanya Tesco Seberang Jaya yang dekat dengan rumah ni masih dalam mood pengubahsuaian. Jadi macam tak best sikit la nak membeli ni.


sampai sana, banyak jugak la yang dibeli, tapi rasanya yang banyak barang makan kot..hehe. Sampai kat bahagian sayur-sayur ni, aku ambik la sikit bawang merah pastu pegi la timbang. Aduhhh..makcik India yang bertugas mukanya kemain masam, aku tengok pun macam menyampah. Tapi takpe, lantak dia la.

Lepas dah selesai sesi timbang menimbang, aku pun bagi bawang tu kat Encik Suami suruh letak dalam troli. Tapi Encik Suami tak letak-letak pun, pandang lama dekat bungkusan tu pastu tunjuk kat aku.






Makk aiii mahalnya bawang yang engko jual. Tu la buat kerja suka hati lagi. Salah kod la tu. Nasib baik tengok dulu harga, kalau tak tengok, terus g kaunter macam mana. Buat rugi je.

Aku yang tak puas hati pegi balik isi bawang-bawang tu dalam plastik lain, aku bubuh sama banyak mana yang aku ambik td, saja nak tengok harga yang sebetulnya. Lepas dah timbang aku tengok harga RM0.85sen je, amboi jauh beza betul dengan yang tadi. Saja nak kenakan aku la makcik India ni. Tapi aku tak beli pun bawang tadi, saja nak tengok je. Padan muka diorang. Errrrr padan muka sapa sebenarnya yer?? Macam best je haku nih..muahahah...


p/s: Berhati-hati bila membeli :)




-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

11 ulasan:

Normi Nieza berkata...

nasib baik check dlu..klu tak sia2 jer bayar mahal..huhu

Nana Liena berkata...

huhu..nasib baik encik suami akak tu check terpandang tag harga tu..kalau tak memang rugi la..huhu. berapa ketul ja bawang..haha..lain la kalau berguni..lain kali fokus kerja yae cik akak

Berry Lavynia berkata...

2la..lain kali kena lebih berhati2.. :)

Berry Lavynia berkata...

haha nana, selalu mmg fokus, tp klmarin 'terlena jap'..hahah. makcik 2 saja nk knakan akak la tuuuuu :P

Mizz Aiza berkata...

nasib baik perasan.. kalau terus pergi kaunter & bayar mesti terkejut bila cashier tu cakap harga RM34.00.. tak patut betul..

Berry Lavynia berkata...

a'a..kita jugak yg rugi..diorang untung :)

kopi pasta berkata...

rasanya ni bawang bergred A++. siap import dri oversea lagi. itu yg mahal tu sampai puluh2 ringgit. hehe

Berry Lavynia berkata...

a'a kot..sbb 2 makcik 2 pning..haha

adzairdawati makdara berkata...

mak aiii kompom cepat kaya kedai tu.. agak agak le nak cekik darah pun.. kena buat aduan tu heehehe

Berry Lavynia berkata...

haha, kalau buat aduan btambah pemes kang...hehe

nabila biela berkata...

betol2...kena hnati2 kalo beli2 ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...