klik untuk menang

Jumaat, 17 Mei 2013

Cara Menegur Dengan Baik (Agak Lucu)





Semua manusia ada buat silap. Yang baiknya, ada ramai orang yang mahu menegur kalau kita buat silap. Cumanya kadang-kadang cara kita menegur itu sendiri pun dah tersilap. Macam mana cara nak menegur dengan bijak? cuba baca di bawah ni. Tapi kalau orang tu buat silap mata tak payah la tegur..... hehe

  • Tegurlah halus-halus. Bukan guna cara halus macam main bomoh yer, maksudnya guna cara yang elok dan bersopan. Kalau ketegur dek makhlus halus itu lain cerita...
  •  Berbicara dengan lembut dan bukannya dengan maki hamun. Tapi jangan pulak berbicara dengan lembut sampai pakai baju kurung bagi yang lelaki. Yang tu memang nak kena maki hamun...
  • Pakai kaedah tegur sipi-sipi macam kata peribahasa 'pukul anak sindir menantu' supaya yang ditegur itu taklah terasa hati sangat. Sindiran pedas tak dikira sipi-sipi. Ingat tu!
     
  • Kalau boleh carilah tempat-tempat yang tak ada ramai orang untuk menegur supaya dia tak rasa malu diperhatikan. Lagipun tegur depan ramai orang ni sebenarnya mencaci, bukan menegur...
     
  • Kalau semua dekat atas tak boleh jalan, korang bolehlah sepuk kepala dia dengan cangkul sebab dia memang tak makan tegur... 



-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

9 ulasan:

Nana Liena berkata...

biasa orang guna yg cara last sebelum cara atas2 tu..huhu..sebab bengang sangat..tapi sebolehnya cuba berlembut dlu ..hehe

Mizz Aiza berkata...

yang last tu tak pernah buat lagi.. agak2 apa jadi lepas tu? hehe.. :D

Berry Lavynia berkata...

nana: tu dah tahap membara dah tu... sabar2..hehe

Berry Lavynia berkata...

Mizz aiza: rasanya kalau cuba yang last tu, dua2 nanti masuk hospital.hehe

Tinta Lana berkata...

Berry, tak brani nak la nak sepuk2 dengan cangkul..kang tak psl2, koma terus,hehehe

Kita tnya berry ek, acana nak apply cara teguran ni kat alam maya? ^_^

GA GreenArtwork berkata...

hati manusia ni milik Allah...
Iringi Nasihat bersama doa... Kita tak mampu ubah manusie... Allah sahaja berkuase atas segala urusan di dunia...

termasuklah perubahan seseorang...

My recent post : Formula Kejayaan - Artwork & Quotes

Berry Lavynia berkata...

lana: Maksud?? tapi entah la, kadang2 susah nk tegur walau di alam maya o realiti...

Berry Lavynia berkata...

GA: Cara teguran yang betul.. :)
nanti sy jalan2 blog awk.. :)

Berry Lavynia berkata...

GA: Cara teguran yang betul.. :)
nanti sy jalan2 blog awk.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...