klik untuk menang

Khamis, 28 Mac 2013

Teknik Khusyuk Dalam Solat





Adakah sudah sempurna solat kita? Kadang-kadang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan kadang-kadang pula fikiran melayang ketika menunaikan solat. Jadi mari kita sama-sama perbetulkan kesilapan kita. Mudah-mudahan amal ibadat kita diterima Allah SWT. Aaaminnnn.


Antara teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadah ialah : 
  • Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang paling afdal ialah di masjid). 
  • Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya. 
  •  Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
  • Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
  • Mengambil wudhuk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
  • Memakai pakaian  yang bersih dan kemas seperti hendak mengadap pembesar negeri.
  • Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
  • Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.



-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...