klik untuk menang

Rabu, 27 Mac 2013

Tanda Doa Dimakbulkan Dan Sebab Doa Ditolak






Tanda-tanda doa dimakbulkan :
  • Terasa sesuatu yang menakutkan.
  • Menangis tatkala berdoa ( bukan dibuat-buat ).
  • Terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa.

Di samping itu, doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah doa orang yang dalam keadaan berikut : 
  • Orang yang terdesak.
  • Orang yang dizalimi.
  • Anak yang berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapanya.
  • Doa seorang muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturahim.

Sebab-sebab doa tidak dimakbulkan :
  •  Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah.
  • Kerana Allah mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon.
  • Berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap seperti tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon kebaikkan, hati yang tidak hadir, makanan dan pakaian daripada sumber-sumber yang haram atau syubhah.



-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...