Dulu time aku bertunang, ada la hantaran tepak sireh dari pihak suami aku, tok aku bila nampak je dia suruh orang2 yang belum bertemu jodoh ni makan. Tok aku dengan 'excited'nya cakap, kalau makan daun sireh ni cepat sikit dapat jodoh. Tudiaaaa tok aku punya petua. Korang kalau nak cuba boleh la, pegi la majlis tunang atau kawen sape2 pastu mintak izin nak ambik daun sireh. Mana tau silap2 kat situ jugak korang bertemu jodoh..hehehe... Korang nak cuba sekadar suka-suka boleh la, jangan la nak percaya sangat. Biasa la orang-orang tua dulu memang banyak petuanya, tapi pantang larang pon banyak jugak kannnnnn?
Tapi kalau korang nak jugak cuba, nah cuba amalkan petua ni.. in shaa Allah berkesan..hehehe
Khas buat kamu yang belum bertemu jodohnya:-
1- Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah yaasin ada 10 keberkatan, satu daripadanya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam atau kerap. Dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. In shaa Allah mustajab.
2- Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist yang mana surah Fatihah ada berapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang cth 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.
3- Melakukan solat hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan yang baik seperti berzikir, sedekah, ziarah orang sakit. Yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah swt sahaja. Jangan harap dari selain Allah. Berdoa dengan bersungguh-sungguh dengan nada suara yang lembut dan merendah diri.
4- Berdoa disetiap selepas solat 5 waktu dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. In shaa Allah.
5- Bangun tengah malam solat tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian solat hajat berapa rakaat yang anda mampu. Berdoa dengan kusyuk.
6- Betulkan niat nak kahwin kerana Allah swt untuk selamatkan diri daripada maksiat, untuk mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah swt.
7- Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau di tempat-tempat tertentu yang mustajab. Cth:- Diantara azan dan iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5 pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertai ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari jumaat, dalam keadaan suci, badan, pakaian, dan tempat, menghadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.
8- Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.
9- Selama beramal jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.
Amalan ini bukan sahaja untuk mendapatkan jodoh, kalau kamu ada permintaan pada Allah swt, amalkan tips-tips ini dengan berniat perkara yang kamu inginkan dengan hati yang bersih dan ikhlas. Apa sahaja permohonan dan hajat akan dimakbulkan Allah. Yakinlah, dan jangan minta perkara-perkara yang karut atau mustahil.