klik untuk menang

Khamis, 28 Mac 2013

Bila Budak Kecik Nak Jadi Besar





Hari tu kak aku ada call ajak keluar teman dia beli barang sikit, aku pon on je la. Lagipun masa tu encik suami takde kat umah, pergi kerja. Daripada duduk sorang-sorang tak buat apa-apa baik ikut dia, boleh jugak cuci-cuci mata, pastu boleh la menghabiskan duit sikit...hehe

Elok-elok je aku siap, kak aku call bagitau yang dia dah sampai dan tunggu kat bawah. Aku pon keluar la, dengan ayunya menghayun langkah nak turun tangga. Tiba-tiba aku dengar ada satu suara unik dan halus menegur aku.

"Amboi lawanya dia".

Aku pon pusing la belakang nak tengok sapa punya suara yang gemersik sangat tu. Pusing-pusing tengok, aduhai.... budak kecik yang aku rasa sebaya dengan anak sedara aku, mungkin dalam umur lima atau enam tahun macam tu la sambil senyum kat aku. Nak gelak pun ada. Ish..ish.. tak padan dengan kecik kau ye, dah pandai semua ni. Ni mesti terikut-ikut perangai orang baru nak membesar la ni.

Dalam hal ni aku tak kata salahkan mak ayah diorang. Kadang-kadang mak ayah dekat rumah dah didik elok-elok, tapi bila dah masuk sekolah, masuk alam baru, mula la nak belajar benda bukan-bukan. Lepastu pulak diorang ni suka perhati apa yang orang dewasa buat, mudah je dapat.

Jadi pesanan aku kepada orang-orang yang dewasa la sangattt ni tolong la jangan buat perkara bukan-bukan depan diorang ni, dan tunjukla contoh yang baik kepada budak-budak kecik ni. Anda mampu mengubahnya. Sekian pesanan berbayar dari aku.



-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...