klik untuk menang

Khamis, 13 Disember 2012

Tanda tanya?

Pagi hari tu, aku dapat panggilan daripada kawan aku, Isabell.

"Eh.. you know something"? Tanya dia pada aku.

Ah, tiba-tiba lak speaking dia ni.

"Weh kau tau tak"? Tanya dia lagi dengan tak sabarnya, bila aku tak membalas pertanyaan dia sebentar tadi, kali ni dalam bahasa melayu pulak.

"Yer, apa dia"? Tanya aku balik, takut pulak kalau aku diam lagi kali ni, entah dalam bahasa apa pulak dia nak guna.

"Aku ada cerita nak bagitau kau ni, tapi nanti-nanti la gosip, aku ada kerja nak buat ni".

                                                            Teettt...

                                                            ...........




Aku sebenarnya cukup 'malas' dengan orang macam ni, kalau taknak cerita, tak payah la bagi intro langsung...kan dah tertanya-tanya lak aku. Nak buat kerja pun macam tak senang je, dok pikir benda apa la dia nak bagitau ni. Aku malas nak tnya balik, kang nampak sangat macam penyibuk...so aku relax je, walaupun perasaan nak tahu tu agak kuat jugak la pada awalnya.......kot.




 Eh normal apa, mesti semua orang ada perasaan ingin tahu macam ni kan.. Kata la tiap-tiap hari dok follow drama bersiri, mesti tertanya-tanya kan apa la jadi lepas ni...tak sabar-sabar nak tunggu episod seterusnya. Belum start lagi, dah tunggu depan tv, takut pulak tertinggal babak-babak penting kalau lambat tengok...ye tak?? hehe. Bak kata kamus dewan, perasaan ingin tahu itu adalah fitrah.. Yang membawa maksud sifat semula jadi manusia bermula semenjak ia lahir yang ditetapkan oleh Allah SWT.


Drama Korea-Naughty Kiss



 Jadi kesimpulannya........




normal la kan... :)

..............


 p/s : Nama watak dan jalan cerita telah diubah suai.....sikit.. :)



-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...