klik untuk menang

Ahad, 21 April 2013

Solat Sunat Tahajjud


Solat tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur, walaupun tidur sebentar. Waktunya antara Isyak sampai Subuh. Waktu utama dari jam satu sampai subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas, paling kurang 2 rakaat. Cara melakukan hendaklah tiap 2 rakaat dengan satu salam.

Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan solat tahajjud. Antara lain ialah mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah.

Lafaz niat:
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak'ataini Lillahi Ta'ala.
"Sahaja aku solat sunat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala".

  • Pada rakaat pertama ucaplah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-kafirun.
  •  Pada rakaat kedua ucaplah Al-Fatihah dan selepas itu surah Al-Ikhlas. 
  • Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali iaitu:
     
Ertinya: "Oh Tuhanku, masukkanlah aku daripada pintu kebenaran, dan keluarkanlah aku dari pintu kebenaran juga, dan kurniakanlah bagiku daripada-Mu seorang penolong."


  • Selepas memberi salam ucaplah doa : 



Ertinya: 
"Ya Allah, bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Engkau raja penguasa langit dan bumi.
BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.
BagiMulah segala puji, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah benar, dan perjumpaanMu itu adalah hak dan firmanMu adalah benar, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar, dan Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan saat hari kiamat itu benar.

Ya Allah kepadaMulah kami berserah diri (bertawakal), kepada engkau jualah kami kembali, dan kepadaMulah kami rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum.

Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan."

"Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."


-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

2 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

perkongsian yang bagus.. :D

Unknown berkata...

dah lama tak buat..huhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...