Ini bukan bermaksud minum kopi jadi kuat yer, tapi maksudnya kopi yang mempunyai kandungan kafein tinggi yang mana apa yang kitta tidak tahu ialah kopi paling kuat ini sebenarnya mempunyai kadar 200% lebih kafein berbanding mana-mana kopi hitam biasa. Namanya pun dah menakutkan iatu Death Wish.
Menurut pembuatnya, mereka telah menemui biji kopi yang mempunyai jumlah kafein yang tinggi yang dipenuhi dengan rasa Arabica tapi lebih 'umph'nya. Biasanya kopi hitam panggang lebih lemah berbanding kopi panggang yang lebih ringan kerana lebih lama ia dimasak, lebih banyak kafein yang dibuang jadi walaupun kopi yang kita minum agak kuat rasanya, tapi ia mungkin kurang dalam jumlah kafein.
Sebenarnya pembuat Death Wish ini terpaksa melakukan misi pencarian untuk mencari biji kopi yang istimewa yang mempunyai jumlah kafein paling tinggi sebagai memenuhi permintaan para pelanggan yang inginkan kopi yang memberikan lebih impak.
2 ulasan:
xminat sgt minum kopi...
sama la..minum boleh cuma tak berapa gemar :)
Catat Ulasan