klik untuk menang

Khamis, 18 April 2013

Kisah tentang balasan mencuit bahu isteri orang


Di kota Baghdad suatu ketika dahulu terdapat seorang wanita yang sangat solehah. Beliau rajin beribadah dan selalu muhasabah diri. Suatu ketika semasa beliau sedang berjalan, seorang lelaki mencuit bahunya. Beliau segera kembali ke rumah untuk bertanya kepada suaminya.




"Demi Allah, jawablah dengan jujur soalanku ini. Dosa apakah yang engkau lakukan pada hari ini?"
"Aku mencuit bahu seorang perempuan."
"Itu sebabnya hari ini seorang lelaki mencuit bahuku."
"Bagaimana engkau tahu perkara ini?"
"Aku selalu menjaga pandangan Allah dan menjaga diriku daripada dosa. Maka apabila suatu musibah menimpa diriku, aku yakin itu disebabkan suamiku yang tidak menjaga dirinya daripada dosa."

Kisah ini diceritakan Ibn al-Jauzi dalam kitab Ahkam al-Nisa'.

Pengajaran : Balasan Allah setimpal dengan dosa yang dilakukan. Jauhkan dosa dan maksiat agar keluarga
                   damai dan hormani.


-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

2 ulasan:

Unknown berkata...

wah..huhu..bagusnya kalau dapat jadi mcm si isteri kan kak..hehe..

Berry Lavynia berkata...

kalau cm2, cpt2 jd si isteri..hahha :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...