klik untuk menang

Sabtu, 20 April 2013

Kenangan lalu : Buku biodata



Tadi siang aku mengemas barang-barang milik suami dan juga buku-buku ulang kajinya ketika menghadapi peperiksaan yang baru saja berlalu. Sebelum ini bukan saja aku tak berani sentuh, malah cuit pun tak pernah sekali. Takut juga kalau tersalah letak, nanti tak pasal-pasal aku pula dileterinya.

Jadi hari ini aku mulakan tugas yang sudah lama aku tunggu. Semua yang berselerak aku susun kemas. Terlalu banyak buku dan juga notanya, jadi aku atur satu persatu biar bertingkat. Buku-buku catatan yang tebal itu menarik perhatianku, lalu aku selak helaiannya, masih kosong, langsung tidak bertulis. 

Aku geleng kepala, senyum sendiri. Suamiku memang gemar menyimpan buku-buku tebal sebegini, bermacam rupa. Ada yang diberi dan ada juga yang dibeli sendiri. tapi semuanya tidak diguna, simpan sahaja. Bila disoal, buat koleksi katanya. Tak macam aku, berilah apa pun, semuanya akan aku tulis dan catat pelbagai resepi. Hari ni buku 'A', esok buku 'B', lusa pula buku 'C'. Alih-alih aku salin di 'handphone' saja akhirnya. Alasannya senang nak usung ke mana ke mari. Sudah tak perlu risau jika disuruh masak masakan yang aku tak biasa, sebab resepi semuanya sudah ada dalam genggaman. hahah.

Tapi bila melihat buku-buku tadi, terbayang di fikiran kenangan lalu, kenangan ketika masih bersekolah rendah menerjah minda. Rasanya buku-buku yang tebal sebegini dulu wajib punya satu seorang (oppsss mungkin hanya pelajar perempuan). Aku ingat lagi, bermacam-macam warna dan rupa buku boleh dilihat ketika itu. Semuanya kerana penangan buku BIODATA.



Anak-anak sekarang mungkin sudah tidak mengerti. Tak ada lagi aku lihat keletah mereka yang seronok dan tak sabar menunggu giliran untuk menulis dan menceritakan tentang perihal dirinya buat tatapan juga kenangan untuk si kawan. Zaman dah berubah. Dah bermacam laman sosial tersedia. Sekarang tak perlu susah payah membeli buku, tak perlu juga susah payah menulis itu ini. Kalau si kawan ingin tahu tentang dirinya, klik saja maklumatnya di situ. Anak-anak sekarang sudah pandai, bijak.Teknologi dan kemajuan hanya di depan mata mereka.

Anak saudaraku yang baru berumur 6 Tahun pun sudah pandai menyuruh 'maksu'nya (adik bongsu aku yang berumur 10 tahun) membuat akaun Facebook untuknya.

Zaman memang betul-betul dah berubah.





-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

6 ulasan:

Nana Liena berkata...

ha'ah ..dulu selalu beli buku yg fancy2 gitu semata2 nak suurh member2 tulis biodata..ahaha.. macam apa netah perangai..

Berry Lavynia berkata...

2la, kdg2 klu rajin, brp helai tulis, abih buku kawan..haha

Lyda Mohd berkata...

kita ada lagi simpan buku biodata masa darjah 6 and form 1. Dah dekat 13 tahun..hehe..sekarang nak jumpa dorang2 balik search kat acct fb je..

Mizz Aiza berkata...

teringat zaman sekolah dulu ada juga beli buku ni.. kalau diberi peluang menulis memang macam2 benda nak tulis.. dari biodata diri sampai la bersajak2&berpantun2.. hehe.. :D

Berry Lavynia berkata...

wow lydia..besstnya.. kita dah ilang..heheh :P

Berry Lavynia berkata...

mizz aiza.. yg paling penting kt last skali mesti tulis kata2 motivasi untuk tuan punya buku..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...