klik untuk menang

Selasa, 16 April 2013

Hutan-hutan yang unik di dunia




 

Hutan Crooked, Poland
Sebuah kawasan hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok pain yang mempunyai bentuk pelik dan terletak di luar Nowe Czarnowo, Barat Pomerania di Poland. Berbentuk unik kerana manusia yang menanamnya menggunakan teknik dan alatan tertentu untuk membentuknya, namun kaedah itu tidak diketahui sehingga kini.



Lebuh Baobab, Madagascar
Dipenuhi dengan pokok-pokok baobab yang memenuhi jalan berdebu yang menyambungkan antara Morondava dan Belon Tsiribina dalam wilayah Menabe di bahagian selatan Madagascar.



              The Great Banyan, India
Terletak di taman botanik India. Ia adalah pokok yang paling lebar di dunia dari ukuran konopinya dan pokok ini dianggarkan berusia antara 200 hingga 250 tahun.
                            



Lemonodasos. Greece
Hutan pokok lemon atau 'lemonodasos ialah salah satu tarikan utama pelancong yang berkunjung ke Paros di pulau Kefalonia, Greece. Malahan tempat ini juga menjadi sumber inspirasi kepada ramai penyair dan penulis. Sepertimana namnya, ia adalah sebuah hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok lemon. Apabila para pengunjung yang datang semakin menghampiri hutan ini, maka buah segar lemon akan segera dapat dihidu mereka.



Hutan tenggelam di Tasik Kaindy, Kazakhstan
Berlokasi kira-kira 2,000 meter dari paras laut, tasik sepanjang 400 meter ini mempunyai kedalaman kira-kira 30 meter disesetengah tempat, namun apa yang menjadikannya unik ialah kerana kehadiran pokok-pokok dari jenis 'schrenk spruce' yang tinggi dan menjulur keluar yang kelihatan seperti kapal yang tenggelam.





-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...