klik untuk menang

Sabtu, 6 April 2013

Bukan Semua Harus Dibantu!!






Ulat bulu memang seekor binatang yang amat hodoh, tapi akan tiba suatu masa ulat bulu akan melalui proses tranformasi. Ulat bulu itu akan melalui satu proses yang amat sukar, amat menyeksakan sebelum bertukar menjadi rama-rama yang sangat cantik.

Begitulah proses alam.

Kadang-kadang manusia pun terpaksa melalui proses yang sukar dan menyeksakan untuk menjadi cantik.

Selalunya jika kita memilih jalan mudah dan sentiasa mengharapkan segala-galanya disediakan untuk kita, malas berusaha, bersenang lenang sahaja, tanpa kita sedari suatu hari nanti ianya akan menjadi racun yang terkumpul dalam tubuh dan minda. Bakal memudaratkan hidup kita.

Sains membuktikan jika kita membantu rama-rama keluar dari kepompongnya tanpa melalui proses sukar, guna jalan yang mudah, hasilnya akan menyebabkan rama-rama itu cacat dan tidak boleh terbang.
Manakala jika manusia  itu selalu dibantu dengan jalan mudah, tanpa perlu menempuh ujian dan cabaran, selalunya akan gagal jika tiba-tiba cabaran melanda.





Kebanyakkan buah yang manis itu bermula dari putik yang masam, kelat atau pahit. Setiap kejayaan yang gemilang pula selalunya bermula dengan kepayahan, kesengsaraan, kegagalan, dan cabaran yang hebat. Begitulah proses alam. Semakin pahit dan seksa sesuatu pengalaman, semakin manisnya nikmat kejayaan.

Pepatah melayu ada mengatakan :

Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

Sebab itulah keindahan pelangi hanya boleh dilihat selepas hujan, tatkala matahari bersinar ke setiap titisan airnya. Begitulah proses alam.






-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

2 ulasan:

shida berkata...

yeah..nice analogy..i like..:)
~~
so true..
bila dh senang jgn lupa diri pula..~~

Berry Lavynia berkata...

jadilah mcm padi..makin berisi makin tunduk... :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...