klik untuk menang

Rabu, 24 April 2013

Bila Aku Bersukan


Hari Sukan Tadis Dan Kafa



Sabtu minggu lepas aku ada ikut kak aku pergi hari sukan anak-anak dia. Mak dengan adik bongsu aku pun ada, jadi menggedik juga la aku ikut sekali. Hari tu sampai lambat sikit, jalan sana sini semua jam sebab kan hari tu hari pernamaan calon jugak. Semua patut ada kat sana dalam 8.30 pagi, tapi kitaorang sampai 8.35 pagi, lambat 5 minit jeeeee.. :)

Mula-mula sampai cari tempat teduh jugak, ye la panas terik tuu. Mula sekali duduk bawah khemah, lepas tu alih sikit ambik tempat duduk depan sikit kat luar khemah, tapi tak boleh jadi jugak, alih kerusi sampai kt depan garisan yang dihadkan. Ok la duduk situ, dekat la sikit. Tapi bila-bila dah lama tak sedar rupanya dah lepas dari garisan, siap bersila bertimpuh lagi atas rumput tu, dah macam berkelah tepi pantai pulak. Punya teruja bagi sokongan. Seronok jugak tengok budak-budak kecik ni bersukan, kedek-kedek je lari...hahah.


Tapi yang aku tak berapa nak puas hati, aturcara nampak kelam kabut, macam tak buat persediaan je cikgu-cikgu ni. Lepastu pulak biar budak-budak yang masuk pertandingan ambik tempat sendiri, cikgu-cikgu yang mewakili 'rumah' masing -masing buat tak peduli, duduk je bawah khemah. Sampai kena perli la dengan juruacara. Takut panas la tuuuuu.. tampo kang!








Masuk air dalam botol

Perah air span dalam botol

susun abjad

Berkelah

Dahaga sangat la tuuu


ramai juga yang datang
ini budak KAFA, sbb 2 bsar skit.



Sebenarnya banyak lagi acara anak-anak saudara aku masuk bertanding, tapi yang ni sempat aku snap, lebihnya aku tengok secara langsung.heeee...

p/s : gambar aku takde, aku kan low profile. muahahha : P




-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

11 ulasan:

Tempoyak Goreng berkata...

Comel la budak2 tuh.. aku pun suke gak gi tgok suka2 ni.. sukan budak2 la .. sukan budak2 beso tak best.. ahha... teringat masa kecik2 dulu mcam ni.

Berry Lavynia berkata...

haha.. sukan org besar mmg xbest..

seronok tgk budak2 kcik ni...comel je bersukan.

Normi Nieza berkata...

meriahnya..:)

Nana Liena berkata...

lama tak bersukan..jom lumba lari kak? nak? haha.. btw gambar akak kan yg ke3 daripd bawah?? pegang ipad.. :P

Berry Lavynia berkata...

xnak, nnti mesti nana yg kalah..hakhak... :p

bukan la...tu kak rayna,yg blogger big mouth women tuuuuu ;)

Berry Lavynia berkata...

normi: ramai yang datang, sbb 2 meriah :D

Nana Liena berkata...

erk..muka lebih kurang..siblings ka??? ahaha..
eleh belum cuba lum tahu kak siapa hebat..ahaha

Berry Lavynia berkata...

a'a.. adik beradik, kak rayna kak yg no2.. :)

errr...lumba lari on9 blh tak?? hahha :P

Nana Liena berkata...

patutlah..ahaha..patut la muka pesen sama ja..ahaha..
pun boleh..ngeh ngeh ngeh.. :)

Mizz Aiza berkata...

wah.. dapat tempat pertama, tahniah.. teringat bersukan masa zaman sekolah dulu..

Berry Lavynia berkata...

nana: dah acuan sama...haha :P

mizz : Dulu masa kecik2 dapat hadiah kotak pensil jeeee..skrg lain..huuuu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...