klik untuk menang

Sabtu, 6 April 2013

Bandar-Bandar Dengan Satu Warna Sahaja.



Kebanyakkan bandar-bandar di seluruh dunia mempunyai pelbagai warna berbeza yang memberikan kecantikkan dan keindahan yang tersendiri namun di sesetengah tempat di dunia terdapat pula bandar-bandar yang dicat dengan satu warna sahaja di keseluruhan bandar tersebut. Walaupun jarang-jarang sekali dapat ditemui namun kewujudannya diketahui dan itulah yang menjadikan bandar-bandar ini unik dan berbeza berbanding bandar-bandar lain di dunia selain turut menjadi daya tarikan pelancong ke negara terbabit.






Jaipur India
Mendapat gelaran 'bandar merah jambu'. Menampilkan hasil senibina menggunakan bantuan kapur yang berwarna merah jambu dalam pelbagai binaan dari pasar kecil sehinggalah binaan yang lebih besar.

Jodhpur India
Dikenali sebagai 'bandar biru'. Kenapa bandar ini dicat dengan warna biru masih  menjadi tanda tanya namun ada yang mengaitkannya dengan sistem kasta yang ada di India.


Izamal Mexico
Dikenali sebagai 'bandar kuning'. Sesiapa yang pernah berkunjung ke Izamal pasti tertarik dengan bandar tersebut yang secara keseluruhannya dicat dengan warna kuning mustard.
 

Piodao Portugal
Perkampungan yang bewarna coklat. Dibina menggunakan bahan kawasan setempat seperti dinding daripada batu loh,bumbung daripada kepingan batu, tingkap daripada kayu. Berwarna coklat kerana batuan yang digunakan berwarna gelap.
 

Ubrique Sepanyol
Diberi jolokan 'bandar putih andalusia'. Oleh kerana cuaca yang sangat panas maka dicat warna putih kerana warna putih dapat memantulkan kembali kepanasan.
 

                                                                  Juzcar Sepanyol
                  Dicat warna biru untuk meraikan pelancaran filem Smurf dan akhirnya dibiarkan kekal.





                         
-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...