klik untuk menang

Jumaat, 22 Mac 2013

Tempat Tinggal Iblis

ANAS B MALIK R.A BERKATA, IBLIS BERTANYA KEPADA ALLAH, KATANYA :







  • "Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kepada anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkan pula tempat kediamanku'". Firman Allah, "tempat kediamanmu ialah di dalam tandas".

  • "Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kepada anak Adam berkumpul di dalam masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" Firman Allah, "Tempat untukmu berkumpul ialah di pesta-pesta, pasar-pasar, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan, serta majlis-majlis maksiat."

  • "Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kepada anak Adam itu kitab ( Al-Quran ) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah pula apa bahan bacaan untukku?" Firman Allah "bahan bacaanmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

  • "Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kepada anak Adam cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?" Firman Allah, "cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

  • "Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kepada anak Adam azan untuk memanggil orang sembahyang, apakah pula azan untukku?" Firman Allah, " Azan untukmu ialah seruling."

  • "Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kepada anak Adam utusan daripada para rasul dan juga nabi, siapakah pula yang menjadi utusanku? Firman Allah, "Para utusanmu terdiri dari bomoh, dukun dan tabib yang menduakanKu."

  • "Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kepada anak adam kitab Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku? Firman Allah, " tulisanmu ialah tatu, gincu, serta lukisan di badan."

  • "Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kepada anak Adam minuman yang halal disebut dengan namaMu, apakah pula minuman bagiku? Firman Allah, "minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan dan sesuatu yang tidak disebutkan namaKu padanya."



-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...