klik untuk menang

Isnin, 18 Mac 2013

Siakap masak 3 rasa

"Nak masak apa hari ni mak ?" tanya aku kepada mak sambil membelek-belek ikan yang tengah disiang mak.

"Entah. Mak pun taktau, tengah pikiaq la ni. Abah beli siakap, udang dengan ayam. Mak ingat ayam dengan udang nak buat tomyam. Siakap ni nak buat stim ka goreng ja?" Tanya mak kembali padaku.

"Takpa yang siakap ni biaq anum masak, kita buat masak tiga rasa la, nak buat stim nanti depa tak suka sangat." Kata aku merujuk pada adik beradik aku yang lain. Aku mempelawa diri untuk masak sebab bukan tiap-tiap hari aku dapat balik kampung. Maklumlah dah kahwin. Walaupun rumah aku dengan sini tak berapa jauh sangat, hanya setengah jam perjalanan, tapi aku tak dapat balik sini tiap-tiap hari . Bukan tak hendak tapi tanggungjawab pada suami tak boleh juga aku abaikan.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda 
"sampaikanlah kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah swt, tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya".








Bahan-bahan :-

  • 1ekor ikan siakap
  • 1 biji bawang besar (potong nipis)
  • 2 ulas bawang putih (potong nipis)
  • 1 inc halia
  • 1 biji cili hidup (potong nipis dan serong)
  • 2 sdb sos thai pedas
  • 2 sdb sos thai manis
  • 2 sdb cili kering yg telah dikisar (untuk pedas)
  • Timun, nenas, lobak merah (potong kiub kecil)
  • 1/2 sdb gula
  • Garam
  • Serbuk perasa





Cara-cara untuk ikan :-

  • Lumurkan ikan dengan sedikit kunyit dan garam (untuk elakkan kuali melekat masukkan asam keping setelah minyak sudah panas dan selepas itu baru masukkan ikan)
  • Goreng sehingga garing dan ketepikan



Cara-cara untuk kuah :-

  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan cili hidup
  • Masukkan sos pedas, sos manis, sos tiram dan cili kisar
  • Masukkan garam, gula, serbuk perasa
  • Setelah cili masak, masukkan timun, lobak merah dan nenas yang dipotong kiub.
  • Kacau sekejap dan terus angkat (untuk rangup)
  • Tuangkan ke atas ikan







-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...