klik untuk menang

Selasa, 19 Mac 2013

Laksa penang mariiiii


Kadang-kadang aku terpikir 
kenapa orang yang menjual makanan ni mesti ada sifat kedekut dalam dirinya
mereka rasa dengan begitu mereka untung
tapi bukankah itu sebenarnya merugikan?

Kalau makanan yang dijual mereka itu sedap
cukup rasa
tidak berkira
tak mustahil orang yang pernah membeli akan menjadi pelanggan tetapnya
kalau sebaliknya
mungkin ramai pula yang akan menjauhkan diri

Maaf
aku cuma memberi pandangan
tidak menunding jari pada sesiapa
aku tak kata semua tapi kebanyakkannya
maaf sekali lagi





Bahan_bahan dan cara :-


  • 1 bungkus laksa (rendam dan rebus hingga lembut)



  • 10 ekor sardin 
-Rebus dan toskan. Air rebusan jangan dibuang. ( tuangkan dalam periuk)
-Kemudian asingkan ikan dan tulang.
-Kisar isi ikan hingga halus. ( tuangkan terus dalam periuk )
-Kisar tulang ikan hingga hancur dan tapis ( tuangkan dalam periuk)



  • 20 biji cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 1/2 inc belacan
-Kisar halus semua bahan di atas.
-Tuangkan dalam periuk


Selepas itu tambahkan air dan masukkan pula bahan-bahan dibawah dalam periuk

  • 4 keping asam keping
  • daun cendehom / kesom
  • 2 kuntum bunga kantan (belah 2)
  • Garam
  • Serbuk perasa

Masak di atas api sehingga mendidih.
Selalulah perhatikan dan jaga api. (sebab tak nak pati-pati ikan terkeluar jika tak dijaga bila kuah mendidih)

p/s :- Masak sedikit pekat sebab kuah laksa tak sedap kalau cair. (ceroi kata orang penang. hehe )







Bahan-bahan hiasan :-

  • Telur rebus
  • Timun
  • Bawang besar
  • Daun salad
  • Daun selom
  • Cili padi
  • Limau kasturi
  • Nenas





Selamat mencuba laksa penang ok. :)




-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...