klik untuk menang

Rabu, 20 Mac 2013

Adakah kita orang yang tidak tahu bersyukur?

Jangan kau marah pada panahan matahari
Jika kau tak pernah menghargai titisan hujan yang jatuh ke bumi

Aduhai, kenapa mengeluh
bukankah orang yang mengeluh itu orang yang tidak bersyukur, dan orang yang tidak besyukur itu tak akan pernah berjaya. Betul kan? Mari aku ceritakan satu kisah....






Ada seorang hamba Allah swt, dia selalu bermohon supaya Allah memperkenankan doanya. Tetapi lama dia menunggu, doanya tidak dimakbulkan juga. Dia jadi putus asa. Lalu dia tewas dengan godaan syaitan. Akhirnya dia jadi marah pada Tuhannya.

Lama baru dia sedar, lantas dia beristighfar dalam diam, rasa sebak terus menyelubungi dirinya. Dia malu pada Tuhannya. Siapa dia yang hendak mempertikaikan kuasa Allah. Dia bermuhasabah diri, melihat perjalanan hidupnya dari dulu sampai kini. Bukankah selama ini kegembiraan yang dia kecapi atas pertolongan Tuhannya, selama hidupnya dia tak pernah merasa susah. Apa yang dia minta kebanyakkan dimakbulkan. Walaupun kadang-kadang lambat, pernah rasa sedih, tapi akhirnya dia mengecapi kebahagiaan juga. Tetapi kerana satu hal, dia jadi begitu.

Ya Allah, betapa besarnya dosa yang dia rasakan, terpikir olehnya apakah dosanya akan diampunkan. Terasa diri terlalu hina. Lantas tangannya ditadah, meminta ampun pada Tuhannya. Bersungguh-sungguh dia bermohon sehingga jatuh air matanya. Mula-mula setitik tapi semakin lama banyak yang merembes keluar. Dia berdoa semoga dosanya diampunkan kerana dia tahu Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dia bersyukur kerana diberi kesedaran yang cepat. Syukur Allah masih sayangkannya.

Begitu juga dengan hal di atas tadi. Bila panas kita mengeluh, bila hujan pun kita mengeluh. Terfikirkah kita apa yang kita mahu sebenarnya???


-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...