Tadi masa nak buang sampah, ada la seorang jiran menegur.
"Nak buang sampah ke"?
Walaupun sudah terang lagi bersuluh aku pegang beg sampah dan berada depan tong sampah, aku tetap menjawab dengan baik.
"A'a, nak buang sampah sikit kak". Jawab aku dengan wajah tersenyum dan terus berjalan balik ke rumah.
Sebenarnya aku tak kisah pun dengan soalan-soalan macam tu, biasa la jiran tegur menegur. Selalunya soalan macam tu la ayat permulaan nak mulakan berbual. Takkan bila dia nampak aku terus nak ajak bergosip, aku mana biasa dengan gosip-gosip ni, kalau nak bergosip aku buka je Beautiful Nara. hehehe. Korang pun kalau ada orang tanya macam tu jawab la elok-elok ye, bukan susah pun. Ala korang pun mesti kadang-kadang pernah tanya soalan macam ni kan, walaupun kita dah nampak orang tu buat apa, mesti kita akan tanya jugak, dah terbiasa...kan.. kan...kan...? heee :)
Kepentingan adab berjiran di dalam masyarakat adalah dituntut dalam
Islam. Adab atau akhlak bererti segala sikap, budi
pekerti,perangai, tingkahlaku, dan tabiat. Budi pekerti ada yang baik dan
ada yang buruk, yang baik di gelar sifat mahmudah dan yang buruk pula di
gelar sifat mazmumah.
Di dalam Islam, adab sosial yakni adab-adab yang baik akan membentuk
masyarakat yang harmoni dan yang buruk pula akan mengkucar-kacirkan
keadaan. Oleh itu dari aspek berjiran dan kejiranan, adab pergaulan yang
baik adalah penting. Dinyatakan bahawa Rasulah S.A.W adalah sebaik-baik
manusia yang diutuskan oleh Allah untuk memperbaiki akhlak dan adab
manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan