Jika bertanya pada diri adakah kau mahu, pasti hati yang menjawab tidak. Siapa yang mahu dirundung masalah, terhiris perasaan, kadangkala sedih dirasa. Tetapi itulah kehidupan, kadang bahagia, kadang bersedih.
duhai hati, janganlah bergelora
sejukkanlah dengan salji keyakinan
dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan
wahai diri, ini ujian buatmu
kerana Allah mencintai Dia menguji
supaya kau tumbuh besar dan kuat
Tak usah pening memikirkan
kerna Allah hanya menyuruh kau bersujud dan bermohon padanya.
Jangan bersedih dengan becana, anda belum mengetahui rahsia dan hikmahnya.
kadang-kadang masalah boleh menjadi sahabatmu
kerna 'ia' lah yang membuatkan kamu kuat
menjadikan kamu lebih berhati-hati dalam sebarang keputusan yang dibuat
dan menempatkan Allah di sisimu yang paling dekat
Kalian faham maksudku? mari aku terangkan
Jika fikiran seseorang itu telah mantap terhadap penciptanya, maka dia akan tahu bahawa Allah tidak mengujinya kecuali bahawa ujian itu akan mendatangkan kebaikkan baginya berupa pahala dan penghapusan
dosa. Dengan demikian ia menyedari bahawa dirinya mendapatkan keuntungan dan faedah yang terus menerus daripada Allah swt.
Allah memiliki rahmat yang diberikan ketika seseorang hampir putus asa darinya. rahmat itu akan diberikan kepada sesiapapun yang Dia kehendaki. Hanya kepada Allah lah permohonan untuk meraih kelapangan dan kemudahan dalam segala urusan diajukan. Hanya Allah yang Maha mengabulkan permohonan hambaNya. Sesungguhnya cukuplah Allah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pelindung.
Jangan bersedih kerana setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Fikirlah dengan positif, kerna pasti anda akan merasai kemanisannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan