klik untuk menang

Selasa, 17 Januari 2012

Alhamdulillah...~~

Saya menghirup milo panas  itu perlahan2, hanya sekadar merasa. Lalu saya meletakkan kembali secawan milo panas itu ke meja dengan berhati-hati.
"Manis"!
Tetapi memang sengaja saya yang lebihkan susu ke dalamnya ketika membancuh tadi. Sesuai dengan keadaan cuaca sekarang, tidak panas tidak hujan, hanya redup, angin pula 'sepoi2 bahasa' kata orang.
Sambil itu saya membelek-belek fb sy, hanya sekadar memerhati dan  membaca 'status' yang di 'update' oleh  kawan-kawan fb.  Kadang-kadang ada antaranya yang membuatkan saya senyum sendirian. :)
Ada yang berunsurkan keagamaan, politik, kerja, hal-hal yang berlaku seharian dan masalah remaja sekarang.. Opss, saya memang bukan remaja, tp bukan juga bermakna saya sudah tua, cuma hanya meningkat kedewasaan sedikit..haha...al maklumlah dah jd isteri orang.. : D
Dapat juga saya lihat diantara banyak-banyak 'status' itu ada yang menunggu detik menuju ke hari bahagia, sibuk mereka membilang hari, saya dapat merasakan keterujaan mereka, kerana saya juga begitu dulu. :)
Alhamdulillah sudah sebulan saya berumah tangga, menjadi isteri kepada seorang lelaki yang sangat saya cintai. Saya berdoa semoga hubungan kami sentiasa bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat..Aminn... :)





-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...