klik untuk menang

Selasa, 30 November 2010

~mUsim kAhwIn~

"Aku nak jemput datang ke rumah aku 12.12.10 nanti, aku akad nikah pada hari tu"..
Sms yang saya terima dari teman baik saya semalam yang menjemput saya hadir ke hari pernikahannya nanti. Kebetulan ketika itu saya sedang membelek2 majalah Pesona Pengantin.
"Tahniah, insyaAllah kalau tak ada apa aral aku sampai nanti". Balas saya padanya.
Sebenarnya saya sudah tahu rancangannnya awal2 lagi, ketika saya dan teman2 lain hadir ke majlis perkahwinan rakan sekelas kami ketika sama2 belajar di sekolah menengah dulu.
"Alhamdulillah, jodoh kau sampai dulu Azza". Detik hati saya ketika menerima perkhabaran itu daripada salah seorang teman.
Saya masih ingat lagi, semasa di sekolah dulu saya antara yang paling rapat dengannya. Dan saya juga yang pertama tahu tentang bagaimana bermulanya kemesraan dan bibit2 cinta antara dia dan bakal suaminya itu (bakal suaminya juga rakan sekelas kami). Saya tidak sangka sebuah persahabatan akhirnya bertukar menjadi cinta. Mungkin inilah yang dikatakan jodoh namanya. Kini sudah tujuh tahun mereka bersama, dan sekarang tibalah masa mereka melangkah ke alam perkahwinan. Saya mendoakan mereka bahagia dan dapat mengekalkan hubungan yang mereka bina itu hingga ke akhir hayat. Itulah doa saya untuk mereka.

Apabila hadir ke majlis perkahwinan teman2 , saya pasti ada suara2 yang bertanyakan tentang......... saya bila lagi?
Apa yang boleh saya katakan, insyaAllah semuanya dalam perancangan. Saya pun tengah menunggu giliran untuk ke arah hari bahagia itu.. :D

-Aku Menulis Untuk Berkongsi Pandangan Dunia-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...